Wednesday, March 17, 2010

Gurindam Fasal yang Kelima

Gurindam ini mengandungi enam rangkap dan semua berbentuk distikon.

Pada rangkap pertama, saya memhami yang jika kita mahu mengenal pasti jika seseorang itu berbangsa, kita harus teliti dengan budi dan bahasa seseorang itu bila berinteraksi dengan sesiapapun, terutama dengan orang yang lebih tua. Seseorang itu harus berbudi bahasa dan sopan jikalau seseorang itu berbangsa.

Pada rangkap kedua, ia bermaksud seseorang yang berbahagia hanya mempunyai dan memeliharakan objek-objek yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Pada rangkap ketiga, ia bermaksud seseorang yang mulia dan baik hatinya adalah orang yang berkelakuan baik, tidak jahat dan juga membuat kerja yang berfaedah.

Pada rangkap keempat, ia bermaksud seseorang yang berilmu itu tidak pernah penat belajar dan bertanya dan sentiasa mencari untuk menambahkan ilmunya melalui pelajaran dan juga pengalaman.

Pada rangkap kelima, ia bermaksud seseorang yang berakal selalu sentiasa mengambil bekal iaitu melakukan apa yang diharuskan oleh tuhan untuk membekal dirinya supaya bersedia dan cukup untuk menghadapi akhirat.

Pada rangkap terakhir. ia bermaksud seseorang yang baik perangai sentiasa baik dan berbudi bahasa ketika berinteraksi atau bekerja dengan orang-orang lain.

Dari teks ini, saya memahami bahawa tema gurindam ini adalah bagaimana untuk mengenal pasti insan yang baik daripada yang buruk. Saya juga memahami bahawa tujuan penulis menulis gurindam ini adalah untuk mengajar si pembaca bagaimana untuk menjadi insan yang sempurna.

AKHIR